Thursday, January 31, 2013

New Year Giveaway By Anis Amila


Tarikh Tamat : 15 Februari 2013

Tag:

Senarai Hadiah:

From Azzah : Doodle Full x2 pemenang

From Zea Rea : Plain Chiffon Dress x1 pemenang


From Mulawa Fashion : Tudung Bawal Polka Dot Sulam x5 pemenang


Wardrobe Collection : Blouse x1 pemenang 



From Comel Collection : Pin Comel x1 pemenang *hadiah mungkin akan ditukar dengan pin lain*


Felt Craft Arts II : 2 header comel x2 pemenang


Siti Fatimah : Charcoal Mask x1 pemenang


Amirul Aimaduddin : Edit template *tidak pasti berapa pemenang*


NA Collection : Voucher RM 5 kepada semua peserta Giveaway ini dan Voucher 10% untuk perfume (5 org) *hanya boleh ditebus di on9 dia sahaja*

Emerald Outlet : Tribal Blouse x1 pemenang 


Hamba ALLAH : x5 cursor untuk 5 pemenang (cursor bergambar ataupun cursor nama )



Miya : x5 bloglist

Anies Hanis : Topup x1 (RM 5)  - gambar di bawah ialah di ambil dari google sahaja ye -


Nur Hanim : 3 cursor &  2 review blog .

Mustachic : x1 Ring Mustache 


Ain Graphic : x2 hp strap ( boleh pilih warna )



Fiza : x2 blogslist selama setahun & 2 blog di-review

Jom pakat join ramai-ramaii ! :D

Bye :)




IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013



Tarikh Tamat : 28 Februari 2013

Jom join ramai2 !

Link Sponsor :


Senarai Hadiah :

RM 85.00

DRESS MATERIAL SOFT DENIM = 1 PEMENANG

RM 125.00

JUBAH ARAB HITAM CORAK PAISLEY MERAH ELEGAN = 1 PEMENANG



                                                                    RM 59.00

                                                    MUSLIMAH4U NURSING = 1 PEMENANG 

RM 59.00

MUSLIMAH4U = 1 PEMENANG

RM 59.00

MUSLIMAH QASEH = 1 PEMENANG

Fanpage : House Of Pines

RM 65.00

PEPLUM KURUNG LACE = 1 PEMENANG

Fanpage : Scarftsweethoney 

RM 49.00

SHAWL HALFMOON QEENA = 1 PEMENANG

RM 55.00

SHAWL HALFMOON LOLA = 1 PEMENANG

RM 49.00

SHAWL LILY SHEENA = 1 PEMENANG

Blog : Celesta Hijab
Fanpage : Celesta Hijab

RM 44.00

10 HELAI TUDUNG SYRIA SPORT = 10 PEMENANG

Blog : Lalin Closet
Facebook : Lalin Closet

RM 29.00

VELVET BOW SHAWL ORANGE COLOUR = 2 PEMENANG

 RM29.00

3 HELAI SCARF VOILE (BAWAL) 3 TONES WITH CUTE DECORATED RIBBONS = 3 PEMENANG

Blog : The Bag Galore 
Facebook : The Bag Galore


RM 78.00

2 IN 1 MULTI PURPOSE GLOSSY BAGS = 1 PEMENANG

Fanpage : Rinieescorner

.RM 99. 90

CADAR QUEEN ROPOL = 1 PEMENANG

Blog : Coklatmanis2u
Fanpage : Coklatmanis2u

RM 20.00

COKLAT HELLO KITTY WITH 7 CAVITY RM = 1 PEMENANG

IntaNBerliaN


RM 30 = 1 PEMENANG
RM 20 = 1 PEMENANG
RM 10 = 1 PEMENANG

Hadiah die semue nye ohcemm. So, jum join ramai2 :D

Thursday, January 24, 2013

Tips berjimat cermat!



Bagi pencinta fesyen sudah pasti gemarkan aktviti membeli-belah dan sudah tentunya juga mempunyai bajet dalam setiap perbelanjaan. Tetapi ada juga tidak dapat kawal apabila setiap kali berbelanja terutama bagi yang gemarkan barangan atau busana berjenama. Sememangnya susah untuk mengatakan tidak jika sesuatu sudah berkenan di hati. Jadi kami ingin berkongsi beberapa langkah-langkah untuk menguruskan kewangan agar kita tidak terlebih bajet. 

Simpanan Rahsia 
Cuba adakan satu simpanan khas untuk anda membeli-belah sahaja. Peruntukan berapa yang anda ingin belanja untuk barang idaman anda dan pastikan anda tidak akan berbelanja lebih daripada itu. 

Tiada Lagi Kad Kredit
Jangan sekali-kali menggunakan kad kredit kerana dengan penggunaan kad kredit akan menambahkan lagi bebanan anda serta membuatkan anda menjadikan anda seorang pengguna yang tidak rasional ketika berbelanja. Ketahuilah bahawa caj faedah setiap kad kredit yang anda guna sepatutnya boleh di simpan dan mungkin anda boleh beli barang berjenama lain. 

Pre-Loved
Pre-loved adalah istilah barangan mahal dan berjenama yang disayangi pemiliknya. Jika anda mempunyai barang jenama yang tidak boleh lagi di pakai atau sudah tidak muat tetapi masih berkeadaan elok, asingkan dan cuba jual di bazar-bazar fesyen atau e-bay kerana secara tidak lansung ia menambah pendapatan anda dan dengan wang yang diperolehi anda boleh membeli barangan lain. Jadi ia tidak mengganggu wang gaji anda ataupun simpanan anda. 

Elak Yang Tidak Penting
Jika anda pencinta barangan berjenama dan juga suka membeli belah, jangan pula anda suka makan di luar dan restoran-restoran yang mewah dan mahal. Cuba amalkan makan cara sederhana dan wang jimat itu sudah tentunya dapat membeli barang koleksi anda. 

Jadi Kreatif
Tidak dinafikan kita perlu 'up to date' dalam berfesyen tetapi tidak semestinya kita perlu menambah koleksi dengan membeli baju dan aksesori baru. Cuba jadi kreatif dengan memadankan koleksi yang sedia ada dan ciptalah gaya tersendiri dan pastikan anda tampil dengan imej yang segar. 

Fikir Kebaikan & Keburukan
Walau apa cara sekali pun, kesedaran sendiri amat penting untuk berjimat dan mendapatkan wang. Apa gunanya kita menyimpan tetapi sudahnya anda habiskan semua simpanan yang ada. Ubah lah tabiat anda dan berbelanja lah dengan cara penuh berhemah dan bijaksana.

SUMBER : YAHOO

Kebas ketika bangun tidur

Mengapakah tangan terutamanya jari dan tapak tangan sering berasa berdenyut-denyut dan kebas ketika bangun tidur setiap pagi?


Jari dan tapak tangan yang kebas adalah pertanda berlakunya gangguan, tekanan atau kepitan terhadap saraf periferi bahagian berkenaan. Biasanya ia memang disebabkan oleh posisi tubuh ketika tidur yang menekan saraf periferi pada tangan. Namun, gangguan terhadap saraf periferi  pada tangan dan jari juga sering berlaku akibat diabetes mellitus, radang sendi, minum alkohol berlebihan, kekurangan vitamin B12, dan apabila saraf periferi yang khusus tersepit, seperti sindrom terowong karpus.
Tekanan terhadap saraf periferi yang berlaku pada orang normal boleh menyebabkan gejala kekebasan (parestesia) yang dapat hilang dengan sendirinya. Secara perubatan, tidak ada tempoh tertentu bagi kekebasan itu menghilang. Jika rasa kebas dapat hilang dengan sendirinya, maka tiada apa yang perlu dikhuatiri lagi.
Sebaliknya jika rasa kebas hilang pada waktu pagi dan kembali semula selepas anda melakukan aktiviti tertentu misalnya, maka hal ini harus diberi perhatian dan dicari puncanya. Apabila keadaan ini berlaku, pergilah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan yang lengkap.
Anda dinasihatkan agar berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan menyeluruh secara berkala bagi mengenal pasti kemungkinan wujudnya diabetes mellitus, radang sendi atau keadaan lain yang boleh mengakibatkan gejala yang anda alami.  Pengambilan alkohol juga harus dielakkan. Di samping itu, anda harus mengambil vitamin tambahan yang mengandungi vitamin B, terutamanya vitamin B12 setiap hari. 
Amalan ini dapat membantu memperbaiki kesihatan dan fungsi saraf periferi anda.